Malaysia akan menjadi pusat makanan halal dunia. Matlamat kerajan Malaysia mengorak langkah ke arah tersebut adalah untuk menaikkan taraf ekonomi pengusaha-pengusaha makanan halal tempatan dan menyakinkan pengguna bahawa makanan yang dikeluarkan adalah bersih, selamat dan halal. Situasi ini ditambah dengan kehadiran masyarakat islam yang sentiasa bertambah dari luar negara yang menjalankan aktiviti perniagaan dan pelancongan dinegara ini.

Dengan itu, pengusaha-pengusaha makanan tempatan seharusnya mengambil peluang tersebut, di samping membantu kerajaan dalam merealisasikan matlamat ekonomi negara.

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Dengan adanya masyarakat majmuk, kita dapat lihat terdapat berbagai jenis makanan yang lazat dan menarik. Dimana-mana, kita dapat lihat para peniaga dan pengusaha-pengusaha makanan halal dikunjungi para pelanggan yang masing-masing mempunyai citarasa berlainan. Tak kira ditepi jalan atau di restoran-restoran serta bistro café.

kesemua para peniaga serta para pengusaha makanan menjalankan urusniaga secara tunai.

Para peniaga dan para pengusaha makanan halal sentiasa bertambah. Keadaan ini membentuk satu pesaingan yang sehat.

Namun, dengan kepadatan penduduk Malaysia berjumlah melebihi 22 juta orang, barangpasti kehadiran para peniaga dan pengusaha makanan halal masih kecil lagi. Salah satu faktor adalah majoriti daripada mereka terdiri daripada golongan peniaga  dan pengusaha makanan kecil yang tidak bertahan lama serta tenggelam timbul.

Bestmas Pastry Trading yang mengusahakan makanan halal pau dan dim sum bernasib baik dapat mengharungi onak dan duri didalam pasaran tempatan. Faktor utama adalah kerana majoriti masyarakat tempatan dapati produk yang dikeluarkan adalah sedap , mengenyangkan dan berkhasiat. Pau dan dim sum boleh dikukus ataupun di goreng terpulang kepada citarasa para pelanggan. Kebanyakkan para pelanggan kami terdiri dari kaum melayu, India muslim dan cina.

Diantara pelanggan kami adalah seperti berikut ABC food corner; Bistro Darul Salam di Nilai;Restoran Arang ; FAMA ; Felda d’Saji ; sekolah-sekolah kerajaan ; UIA Gombak, Hospital Assunta ; Hospital Tawakkal ; Tabung Haji dan banyak lagi.

Pihak kami mengundang sesiapa berminat untuk menjadi pengedar Bestmas ataupun mengeluarkan produk ‘rebrand ‘.

PENGENALAN
Bestmas Pastry Trading telah diasaskan pada bulan oktober 2004. Matlamat penubuhan syarikat ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan supaya mengusahakan makanan halal. Ini adalah kerana terdapat kurangnya penyertaan makanan halal didalam pasaran yang sedia ada.

Bestmas Pastry Trading mengeluarkan dan memasarkan pau dan dim sum di dalam pasaran tempatan. Disamping itu, pihak kami juga membekalkan dim sum kepada makanan franchise Only Mee dan kumpulannya di lembah klang, Genting highland dan Johor Baru.

Bestmas juga mengeluarkan produk dim sum yang di pasarkan oleh Kart Frozen Food (Rebranding) di pasaraya-pasaraya tempatan.

VISI BESTMAS PASTRY TRADING
Sesuai dengan slogan “ Best in quality and service”  , pihak kami akan memastikan pengeluaran makanan halal  dan servis pemasaran yang terbaik di dalam pasaran tempatan dan luar negara.

MISI BESTMAS PASTRY TRADING
Dalam merealisasikan hasrat dan kejayaan syarikat, berikut adalah misi-misi yang telah dirancangkan oleh pihak pengurusan kanan Bestmas Pastry Trading.

- Meluaskan pasaran pau dan dim sum Bestmas diseluruh Malaysia serta luar negara.
- Melahirkan pengedar-pengedar Bestmas yang berkemampuan.
- Memperkenalkan produk makanan halal Bestmas sebagai berkualiti dan harganya
  berpatutan.
-Menawarkan perkhidmatan ‘rebranding’ kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan pau dan dim sum dengan menggunakan jenama sendiri.
- Menjalankan bengkel dan seminar untuk mengetahui lebih lanjut pasaran yang boleh
  difokuskan serta aspek teknikal seperti menangani masalah-masalah pau dan dim
  sum, cara kukus yang betul dan tempat penyimpanan yang sesuai.

SEGMEN PASARAN
Bestmas Pastry Trading fokus kepada segmen pasaran pau dan dim sum yang sederhana. Segmen ini, mempunyai golongan pembeli yang ramai, disamping memperkenalkan makanan dim sum halal kepada mereka yang beragama islam. Mutu produk dihasilkan sebaik mungkin untuk mengekalkan kualiti. Penjualan dijalankan secara tunai kecuali projek terdapat terma pembayaran pada satu jangkamasa yang ditetapkan serta dipersetujui bersama.

STRATEGI PEMASARAN
Strategi pemasaran kami adalah seperti berikut :
 - Peralatan kukus dipinjamkan kepada penjual.
- Perniagaan di jalankan secara tunai (cash term).
- Pau dan Dim Sum yang sudah dikukus tidak dibenarkan ganti (No Return) kecuali
  didalam kes-kes tertentu.
- Penjual menetapkan harga jualan (runcit) kerana faktor gas dan sewa perlu diambil kira.
- Pemandu van disediakan di semua kawasan. Servis pelanggan dengan cepat dan para
  pelanggan (penjual) boleh memilih stok.
- Tidak memaksa penjual mengambil stok berlebihan.

SASARAN PASAR 
Sasaran pasar untuk produk pau dan dim sum terbahagi kepada pengeluaran serta pembekalan untuk pasaran domestik dan pasaran luarnegara.

Pasaran Domestik
- Restoran Mamak (24 jam)
- Restoran Tom Yam
- Bistro/ Kafe
- Pasaraya-pasaraya/Pasar Malam
- Kedai Makanan/Runcit
- Kantin Sekolah
- Kafetaria Universiti/Hospital/Kilang/Sekolah/Hotel
- Gerai ataupun warong tepi jalan.
- Persatuan atau koperasi
- Lebuhraya R & R seperti Grand Saga dan PLUS dll.
- Menghasilkan produk ‘rebrand’ kepada prinsipal dan lain-lain.

KESIMPULAN
Pasaran pau dan dim sum adalah satu pasaran luas. Namun, pasaran ini adalah pasaran yang memerlukan pemasaran agresif terutamanya menghadapi persaingan dari pengeluar pau dan dim sum yang lain. Selain harga, khidmat sokongan pelanggan yang baik memainkan peranan didalam mengekalkan pengedar didalam pasaran tempatan. Bagi menghadapi perkara ini, pengedar seharusnya peka dengan pasaran sekelilingnya. Kegagalan pengedar didalam mengekalkan prestasi servis barangpasti akan menjadi penyebab utama, pengedar kehilangan pelanggan.Hal ini akan menyebabkan jualan pengedar jatuh.

Tidak dinafikan pasaran tempatan tidak sukar mendapat pelanggan baru. Situasi ini memberi peluang kepada pengedar meluaskan pemasaran dengan melaksanakan pemilihan pelanggan “high volume” yang mana secara langsung memaksimakan keuntungan syarikat.